Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Pengenalan

Mencapai Kejayaan Dunia Akhirat,

Irsyad Training & Consultancy adalah sebuah syarikat Latihan dan Perunding yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi.

Modul-modul program didasarkan kepada roh, falsafah dan methodologi yang sejajar dengan kehendak Islam yang kaya dengan pelbagai hikmah dan barakah. Nilai-nilai ilmu dan amalan ulama tradisional digabungjalinkan dengan sains moden dan pendekatan kontemporari yang dipersembahkan secara kreatif dan berkesan kepada peserta.

Walaupun ditubuhkan pada 2007, syarikat ini sebenarnya telah mengadakan program bina insan selama hampir 10 tahun dimana sebelum ini ia dianjurkan di atas nama Akademi Bimbingan Insan (ABI). Sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa, maka Irsyad Training & Consultancy ditubuhkan bagi memberi tumpuan yang lebih meluas dalam bidang pembangunan insan.

Setakat ini, Irsyad Training & Consultancy telah mengendalikan pelbagai program bina insan untuk pelbagai peringkat ; sekolah rendah, sekolah menengah, remaja, IPTA, IPTS, belia, kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat umum.

 VISI

Visi Irsyad Training & Consultancy ialah menjadi sebuah syarikat Latihan dan Perunding yang komited pada nilai-nilai pembinaan diri secara holistik bagi menjana sumber manusia yang teguh nilai agamanya, mempunyai jati diri Muslim sejati dan berkualiti untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

 MISI

• Memandu ke arah pegangan dan nilai hidup yang berteraskan Tauhid dan akhlak mulia.

• Membantu golongan muda, remaja, belia menjana kecemerlangan sahsiah dan bebas dari gejala sosial.

• Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri untuk memartabatkan maruah bangsa, agama dan Negara.

• Membentuk semula sikap agar sentiasa berusaha gigih dalam setiap perkara yang dilakukan agar mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

• Menonjolkan sistem pembinaan manusia yang tepat dan berkesan berdasarkan ilmu dan amalan para ilmuan Islam dahulu dan sekarang.

 ASPIRASI

Untuk mencapai visi dan melaksanakan misi ini Irsyad Training & Consultancy berpegang teguh kepada nilai-nilai berikut :

• Pembangunan sumber manusia mestilah dimulakan dengan pembinaan jiwa bertauhid dan akhlak nubuwwah.

• Jiwa yang suci dari mazmumah akan memancarkan cahaya keikhlasan, kasih sayang, kekuatan keyakinan kepada Allah SWT dan Akhirat yang akan memimpinnya kepada nilai-nilai hidup yang positif dalam segala pekerjaan yang dilakukan.

• Meningkatkan kefahaman agama, memperbaiki dan meningkatkan amalan-amalan ibadah, melakukan dengan konsisten dan sistematik amat berkait dengan pembentukan personaliti individu.

• Memberi pengamalan tertentu yang mempunyai salasilah dan diakui keberkesanannya oleh sains moden, serta mengadakan program-program sokongan amatlah penting sebagai usaha berterusan menyuburkan unsur-unsur dalaman diri.

 PENDEKATAN

Program dikendalikan melalui pendekatan yang multi-dimensi antaranya menggunakan elemen kuliah interaktif, video klips, simulasi, teknologi ICT, pengawalan cahaya, alunan nasyid, lagu, puisi dan Senaman Khazanah Ulama.

Ia dijayakan dalam bentuk interaksi dua hala berserta dengan tambatan ingatan separa sedar melalui nasyid dan permainan simulasi serta pendekatan analogi dan kisah teladan.

Setiap arahan, denda dan cabaran yang diberikan adalah benar (tiada lakonan) dan bertujuan untuk mencungkil wajah sebenar peserta dan seterusnya membina unsur-unsur diri mereka ke tahap yang lebih tinggi.


Info syarikat

(CA0123402-K)

1070-A Kg. Tuan, Chukai
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Tel/Faks : +609 8591597
HP : +6019 9241197 (Yusof)

Emel :
irsyadtc@streamyx.com
irsyad@hotmail.com


Perkhidmatan / Kursus