Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Program Peningkatan Kualiti Kerja di Langkawi

28-07-2008 @ 22.25 :. irsyad ,

Pada 18-20 Julai baru-baru ini, saya berada di Langkawi bersama-sama dengan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kira-kira 2 hari sebelum itu saya menerima panggilan dari En Zul (Pen Pegawai Tadbir) menjemput saya mengisi slot Motivasi dalam jadual.

Saya pada mulanya tak dapat menyertainya disebabkan sudah ada beberapa program lain, namun atas hasrat mereka itu, saya menerimanya. Ini kerana hampir 90% mereka yang turut serta adalah di kalangan mereka yang telah mengikuti program yang saya buat dan agak akrab dengan saya.

Ini kali pertama saya sampai di Langkawi, dan tentunya terkial-kial melihat ghairahnya setengah orang yang membeli-belah di sana. Maklumlah pinggan mangkuk, coklat, pelbagai jenis beg dan lain-lain barangan sangat murah kerana ianya zon bebas cukai.

Saya menyampaikan ceramah berkisar tajuk 'Peningkatan Nilai Diri dan Kualiti Kerja' yang dikaitkan dengan aspek-aspek motivasi dan kerohanian. Bagi saya, Bahagian Khidmat Pengurusan ini memang suatu bahagian yang mencabar kerana 'menguruskan manusia yang memiliki nafsu yg dihasut syaitan'. Justeru Nabi sallahu 'alaihi wassalam dididik Allah untuk menternak kambing terlebih dahulu sebelum 'menternak' manusia. Ianya adalah proses latihan dari Allah SWT terhadap Baginda.

Slot tersebut diakhiri dengan zikir-zikir, doa munajat dan bersalam-salaman.

Agak terharu dan berasa bangga kerana turut hadir ialah Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan, En Omar Ismail yang sudi mendengar celoteh saya dan merendahkan diri untuk bersalam dan berpelukan dengan anak-anak buah beliau. Agak jarang saya melihat situasi seperti ini dimana seorang yang berjawatan besar bertawadhuk begitu.

Benarlah kalam Guru saya bahawa 'kasih sayang itu mempunyai energi yang sangat laju, tidak dapat dipintas oleh syaitan... ia akan meleburkan kesombongan, kedengkian dan lain-lain mazmumah..." banyak masalah dalam diri dan organisasi boleh selesai dengan sendirinya.

Saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan ini dimana hubungan saya dengan peserta bertambah erat dan ianya sangat penting dalam memupuk kesungguhan beramal dan menggerakkan diri kepada perubahan sikap dsb yg tentutnya akan memberi kebaikan kepada diri, keluarga, organisasi dsb.

ceramah diadakan pada malam selepas ketibaan di Dewan IPP Langkawi


diakhiri dengan zikir dan doa munajat serta bersalam-salaman antara bos dan anakbuah


bergambar kenangan di depan tempat penginapan sebelum berangkat pulang


memeriksa barang sebelum menaiki feri ke Kuala Perlis