Kursus Motivasi Jatidiri Remaja
Membina dan melahirkan generasi baru yang memiliki kekuatan jati diri, daya saing, daya kepimpinan, semangat dan wawasan tinggi serta sentiasa proaktif untuk melakukan yang terbaik. Kualiti-kualiti ini dibina di atas landasan aqidah yang benar dan berakar umbi di dalam minda dan jiwa peserta.
OBJEKTIF
Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang Muslim.
Membangkitkan kesedaran peserta untuk melakukan perubahan positif dalam hidup.
Mengasah bakat kepimpinan dan kualiti diri sebagai contoh kepada rakan-rakan.
Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial.
Melahirkan peserta yang berakhlak mulia pada diri, ibu bapa, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat.
Membantu peserta agar mengenali personaliti dan potensi diri yang sebenar.
Menggilap kemahiran dalam pengurusan diri, kepimpinan dan organisasi.
Memperkukuh keimanan dan keyakinan terhadap Pencipta.
Meningkatkan kecerdasan minda (IQ), kestabilan emosi (EQ), ketenangan rohani (SQ) dan kecergasan fizikal.
l Sedikit ceramah dan banyak aktiviti |
l Perbincangan melalui fakta astronomi, biologi, fizik, saintifik dll. |
l Penggunaan lagu nasyid dan alatan multimedia |
l Simulasi, lakonan, permainan dan lain-lain |
l Pelbagai aktiviti dan PROGRAM SUSULAN! |




