Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Kursus Motivasi Jatidiri Remaja

PENGUKUHAN JATIDIRI REMAJA MUSLIM MELALUI PENDEKATAN MESRA REMAJA & GABUNGJALIN METHODOLOGI ULAMA TRADISIONAL & SAINS MODEN,

METHODOLOGI

1. Struktur Pengendalian : Dikendalikan oleh seorang ketua dan dibantu oleh beberapa orang pembantu.

2. Konsep Denda : Setiap kesalahan akan dikenakan denda dalam bentuk seronok atau serius dengan mesej-mesej pendidikan.

3. Pengawalan Fokus dan Semangat :

• Penggunaan audio visual – tayangan klip video, lagu-lagu yang relevan dan sebagainya.
• Pendekatan mesra peserta dengan memberi kelonggaran disiplin di mana yang perlu untuk membina fokus dan penerimaan peserta terhadap program dan mesej yang disampaikan.
• Pelaksanaan modul-modul selingan "Conditioning & Re-Conditioning"
• Menu makan yang tidak terlalu mengenyangkan untuk mengelakkan keletihan dan rasa mengantuk.
• Masa rehat yang fleksibel.
• Pengawalan pencahayaan bagi modul-modul tertentu.

4. Perjalanan Modul :

• Perbincangan multi-hala dengan provokasi untuk membentuk suasana perbincangan yang hidup.
• Mengelakkan slot-slot ceramah panjang kerana ia tidak memberi impak yang besar kepada peserta.