Navigation


"Sucikan dirimu dari segala 'aib... nescaya akan terbuka bagimu pintu ghaib!" - Kalam Hikmah Syeikh Abd. Malik Abdullah (Tok Pulau Manis)

Makluman : Modul-Modul Kursus ini adalah HAK MILIK sepenuhnya KHAZANAH DINIYYAH (KIDI) Pulau Manis dan telah DIBERI IZIN
oleh pihak KIDI untuk pihak kami mengendalikan kursus ini.

Modul Kursus

,

1. Menggali Rahsia Ilmu dan Amalan Khazanah Ulama - Menyingkap tabir kehebatan ulama silam khususnya ulama tasawuf dalam pengukuhan tauhid dan pembinaan akhlak manusia. Warisan yang ditinggalkan khususnya dalam keilmuan dan amalan telah terbukti secara saintifik mempunyai rahsia-rahsia yang menakjubkan.

2. 3 Rukun Agama - Islam, Iman dan Ihsan. Rukun Ihsan atau tasawuf merupakan aspek yang jarang dibincangkan dan sering dikesampingkan dalam sistem pembinaan diri manusia. Tasawuf itu bertujuan menghalusi tauhid, menyucikan hati, membuahkan akhlak mahmudah, meninggikan ubudiyah dan makrifatullah.

3. Aqidah yang Haq Penyuluh Cahaya Kebenaran - Cahaya kebenaran dan kebatilan itu hampir sama. Jika tidak dihalusi dengan ilmu dan cahaya hati, nescaya seseorang akan mudah terjerumus dalam penyelewengan ilmu, amalan dan pegangan.

4. Sanad dan Silsilah - Belajar dan beramal perlulah berlandaskan disiplin-disiplin yang digariskan oleh Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini penting bagi memastikan kesahihan dan kebenaran sesuatu ilmu atau amalan yang dilakukan, serta bagi memelihara barakah dan memperolehi natijah yang haq.

5. Hakikat Diri Manusia - Menelusuri kalam masyhur "Awal-awal agama mengenal Allah" dan "Kenallah dirimu rata-rata nescaya mengenal akan dikau Tuhan yang nyata". Mengenal hakikat diri ruhani dan zahiri, potensi dan bagaimana memulakan langkah untuk menyucikan “berlian yang terpendam di dalam lumpur”.

6. Rahsia Perjalanan Rohani (Taraqi Rohani) - "Dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali", apakah hakikat yang dibongkar oleh ulama tasawuf akan maksud ayat ini? Bagaimana menempuh jalan untuk kembali kepadaNya sebelum nafas terpisah dari jasad…

7. Rahsia Manusia dan Alam - Cahaya - Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab Sirrul Asrar " "... bahawa hakikat diri manusia itu adalah ruh, dan ruh itu dicipta dari cahaya..." Dan alam ini juga dicipta dari cahaya, dimana semua ini telah diakui oleh fakta sains moden. Memahami rahsia ini, maka akan beroleh sudut pandang yang jelas akan arah tuju kehidupan.

8. Manusia dan Sumber Tenaga - Sumber tenaga itu datang dari pelbagai. Apakah tenaga hakiki? Apa beza dengan tenaga dalam, tenaga minda, tenaga emosi, kebatinan... jika tiada berhati-hati, kehebatan diri akan mendatangkan kesombongan dan dibimbangi berupa istidraj, atau cahaya yang datang itu adalah cahaya alam malakut (daripada jin/syaitan)...

9. Rahsia Nafas, Akal, Qalbu dan Fizikal - Menyelami rahsia dan hakikat unsur-unsur diri, hubungan dengan sifat 20, kekuatan dan kelemahannya dalam menghadapi penghalang-penghalang menuju Allah

10. Dunia Ilusi dan Keabadian Masa - Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang memperihalkan hakikat dunia, namun akal semata-mata tidak akan dapat merasai hakikat yang sebenarnya.

11. Praktikal :

1) Amalan wirid selepas Solat (Aurad Al-Qusyaisyiah / Madaniyyah)
2) Teknik Pernafasan
3) Tafakur Khazanah Ulama
4) Ayat 33 untuk pelbagai tujuan
5) Doa Nur An-Nubuwwah

12. Muhasabah dan Doa Munajat - Sebagai penutup kursus.

* Amalan-amalan di atas akan diberi izin pengamalan melalui jalan silsilah yang sahih.