Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Kursus Motivasi Jatidiri Remaja

PENGUKUHAN JATIDIRI REMAJA MUSLIM MELALUI PENDEKATAN MESRA REMAJA & GABUNGJALIN METHODOLOGI ULAMA TRADISIONAL & SAINS MODEN,

MODUL-MODUL

  ‘Ice Breaking’ & ‘Conditioning’
Menyiapkan peserta dari aspek emosi dan mental untuk mewujudkan kerjasama dan kemesraan di kalangan peserta bagi melicinkan perjalanan program.

  Prinsip Kejayaan Dunia Akhirat
Prinsip ini diterapkan dalam diri setiap peserta agar berpandangan jauh, berfikir dalam melakukan sesuatu tindakan, dan menghubungkan segala gerak laku di dunia sebagai jambatan ke akhirat.

  Pembinaan Rohaniah
Modul-modul ini berupaya mencetus kesedaran mendalam untuk membina hubungan mesra dengan Allah dan Rasul, ibu bapa dan guru. Ia akan mendorong seseorang itu untuk beramal dan berakhlak mulia.

  Konsep Agama
Meneguhkan dalam diri peserta tentang Konsep Islam sebagai agama suci, benar dan ajarannya yang merangkumi setiap aspek kehidupan (syumul), kaitan dengan sains dan sebagainya.

  Harga dan Keyakinan Diri
Mendorong peserta untuk menghargai diri sendiri, berfikir positif, berwawasan dan memiliki keyakinan diri yang tinggi.

  Potensi Diri & Kendiri
Mengenal peserta kepada potensi-potensi diri manusia untuk melahirkan sifat-sifat positif seperti berkeyakinan, berwawasan, berfikiran positif, berjiwa besar dan sebagainya. Sifat-sifat ini berupaya mencetuskan kesedaran diri untuk berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan.

  Kepimpinan, ‘Teamwork’ & Organisasi
Membentuk peserta dengan ciri dan skil kepimpinan yang baik agar mampu menjadi pemimpin yang berwibawa. Juga teknik menghasilkan idea berkumpulan, teknik mesyuarat dan teknik menjayakan sesuatu projek.

  Komunikasi Berkesan & ‘Public Speaking’
Membantu peserta menguasai teknik asas bercakap di khalayak ramai, teknik berkomunikasi secara berkesan serta kaedah meningkatkan ketrampilan diri.

  Halangan Dalaman dan Luaran
Mengenali halangan-halangan yang wujud dalam diri dan persekitaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu yang ingin dicapai.

  Ibadah dan Kehidupan
Membongkarkan hikmah-hikmah ibadah sebagai sumber kekuatan dan benteng diri, dan faedah-faedah yang diperolehi dalam setiap perintah dan larangan Allah.

  Senaman Pernafasan Khazanah Ulama
Teknik pernafasan yang diajar ini mampu meningkatkan tahap kesihatan, ketenangan rohani, kestabilan emosi, meningkatkan daya ingatan dan sebagainya. Ia adalah amalan silam yang begitu saintifik dan terbukti sangat berkesan untuk merubah jiwa dan minda peserta ke tahap yang lebih baik.

Setiap modul di atas mempunyai submodul-submodul tertentu.

FASA

Pada umumnya, modul-modul dijalan mengikut fasa-fasa berikut :

Fasa 1 : Ice Breaking & Conditioning

Fasa 2 : Pembinaan Kefahaman

Fasa 3 : Latihan

Fasa 4 : Pemantapan

Fasa ini lebih menumpukan kepada permasalahan dan perancangan untuk memastikan konsep-konsep yang diketengahkan sentiasa hidup dan berkembang dalam diri peserta. Peserta juga akan didedahkan akan betapa perlunya perubahan bagi mencapai matlamat di dunia dan akhirat. Ujian dan cabaran akan diberi bagi memantapkan penerimaan input yang didapati sepanjang program.