Kursus Motivasi Jatidiri Remaja
ANAK / PELAJAR ANDA….- malas belajar, kurang tumpuan dalam kelas?
- degil, tidak boleh dinasihati?
- malas menunaikan ibadah?
- tidak menghormati ibu bapa, guru.. melawan cakap?
- terlibat dengan masalah sosial, aktiviti tak berfaedah?
- tiada keyakinan diri, pemalu?
- mudah putus asa, lemah semangat, tiada motivasi?
- tiada matlamat hidup yang jelas?
MUKADIMAH
Para remaja di zaman ini menghadapi krisis hilang jatidiri sebagai Melayu Muslim. Mereka kurang keyakinan dan tidak tahu menghargai diri sendiri, malas, tiada cita-cita dan hilang pedoman, malah terpengaruh dengan gaya hidup yang memuja keseronokan dan hiburan semata-mata.
Tiada jalan lain melainkan menjadikan Tauhid sebagai teras untuk menganjak jiwa dan minda remaja kepada perubahan positif. Bila prinsip-prinsip agama tidak bertapak kukuh di dalam jiwa, dengan sendirinya benteng diri mereka menjadi rapuh, rohaninya lemah dan akhirnya hilanglah jatidiri sebagai seorang remaja Muslim.
Irsyad Training & Consultancy memandang kemelut ini sebagai satu cabaran yang perlu ditangani dengan kembali kepada penyelesaian yang tepat dan pendekatan yang berupaya membina jiwa dan minda peserta. Kaedah ini dipraktikkan melalui modul-modul yang terbukti mampu mendorong peserta melakukan ‘turning-point’ untuk menjana perubahan yang positif dalam kehidupan.
Para peserta diajak menyelami hakikat kejadian manusia, potensi diri dan tanggungjawab khalifah, peneguhan semangat jati diri, keyakinan, ketrampilan dan sebagainya ke arah menjadi pemimpin yang berkesan dan mempunyai ciri-ciri terbaik.




