Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Program Cahaya Iman

“Mereka yang hidupnya mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan, tidak akan panik dalam menghadapi apa jua rintangan hidup ini. Tuhan tidak pernah meninggalkannya sedikit pun dan sentiasa memberi pertolongan. Dialah Tuhan Yang Maha Mencipta dan Dialah Tuhan Yang Maha Memelihara.” ,

MUKADIMAH

Program ini adalah olahan dari kursus Meneroka Rahsia Diri, dalam bentuk yang lebih ringan dan mudah difahami serta difokuskan untuk golongan WANITA Dewasa dalam usia 20 tahun ke atas.

Dijalankan dari 8.30 pagi - 12.30 tengahari.

Bilangan peserta sebaik-baiknya dalam 30 orang sahaja untuk memastikan keberkesanan program.


MODUL PROGRAM

1. Mengenal Hakikat Diri Insan

2. Rahsia Nafsu, Akal, Nafas dan Fizikal

3. Hakikat Dunia dan Kehidupan

4. Rahsia Ibadah dan Tenaga Rohani

5. Rahsia Ketenangan dan Kebahagiaan

6. Kaedah Doa Mustajab

7. Pendidikan Anak-Anak Berkesan

8. Praktikal : Amalan Pernafasan dan Tafakur Khazanah Ulama


FAEDAH PROGRAM

  Meningkatkan Keimanan, Ketenangan Jiwa & Kestabilan Emosi

  Memahami Rahsia-Rahsia Kehidupan

  Memahami Kaedah Mencapai Khusyu’ dalam Ibadah

  Meningkatkan Tahap Kesihatan Diri Zahir dan Batin

  Memahami Kunci Kebahagiaan Rumahtangga / Kekeluargaan

  Mengenal Tenaga Kerohanian dan Penggunaannya



Bahan kursus bersumberkan kaedah ulama silam dan sains moden, serta mengikut disiplin ilmu Ahli Sunnah wal Jamaah.

Program susulan dan bimbingan berterusan (bagi yang berminat).


Info Kursus

"Mengajak anda meneroka rahsia-rahsia dalam diri, rahsia kehidupan, rahsia dalam perlakuan ibadah, rahsia membina ketenangan dan kebahagiaan hakiki, rahsia mencapai hakikat ubudiyah (al-ihsan)... Carilah DIA, nescaya anda akan dapat segala-galanya!"

Perkhidmatan / Kursus