Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Pelancaran Rakan Burdah Remaja Kemaman

23-11-2008 @ 17.00 :. irsyad ,

(Lihat foto di bawah artikel)

Program Pelancaran Rakan Burdah Remaja Kemaman ini telah dilangsungkan dengan jayanya pada Sabtu 22 nov 2008 di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman bermula jam 8 pg - 11.30 t/hari.

Kehadiran hampir 500 ibu bapa dan anak-anak adalah di luar dugaan, dan seramai 173 remaja telah mendaftarkan diri menjadi ahli Rakan Burdah Remaja Kemaman.

Inisiatif menubuhkan Rakan Burdah ini tercetus setelah hampir setahun aktiviti Qasidah Burdah berjalan di kalangan kaum ibu terutamanya mereka yang pernah mengikuti program-program anjuran Irsyad Training & Consultancy.

Peserta-peserta Rakan Burdah ini sebahagiannya merupakan bekas peserta kem-kem motivasi anjuran ITC yang merupakan anak-anak mereka sendiri.

Antara aktiviti Rakan Burdah adalah latihan kesenian Islam khususnya pengamalan Qasidah-Qasidah memuji Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai suatu kaedah pendidikan jiwa anak-anak ke arah nilai hidup positif.

Selain itu, aktiviti pemantapan ilmu fardhu ain, kem motivasi, pemantapan solat, perkhemahan, hari keluarga, sukan dsb akan diadakan dari masa ke semasa. Aktiviti tetap diadakan 2 minggu sekali di Pusat Latihan Irsyad Training & Consultancy dan Balai Burdah Surau Hj Othman.

Rakan Burdah ini diletakkan di bawah Akademi Damai (ADAM) yang menjadi platform pendidikan dan pembangunan diri khususnya untuk mereka yang pernah mengikuti program-program anjuran pihak kami dari peringkat remaja dan ibubapa sendiri.

Pengisian Majlis Pelancaran

Majlis dipengerusikan oleh cikgu Muin Ismail, salah seorang AJK Damai Kemaman. Dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir munajat yang dipimpin oleh ustaz Sabri yang merupakan Ketua Unit Kesenian Akademi Damai.

Seterusnya dipaparkan tayangan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pengkisahan sirah Rasulullah saw yang diselang-selikan dengan tayangan, selawat, qasidah dll.

Alhamdulillah, rata-rata hadirin begitu terkesan dengan pendekatan program ini yang mampu menitiskan air mata mereka. Mudah-mudahan program ini berjaya menanamkan kecintaan khususnya kepada Rasulullah saw di kalangan anak-anaknya, yang nantinya akan mendorong mereka untuk mengikuti ajaran-ajaran yang dibwa oleh Baginda saw.

Majlis diakhiri dengan zikir dan doa munajat yang dipimpin oleh ust Yusof.