Navigation


"Ramai manusia berjaya mencipta kejayaan tapi sedikit yang berjaya mencipta kebahagiaan"


Terima kasih kerana sudi melayari laman syarikat kami. Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna buat para pengunjung...


Kem Motivasi dan Pemantapan Solat

18-08-2009 @ Sabtu ,

[ Gambar-Gambar menarik di bahagian bawah artikel ]

Pada 13-15 Ogos lalu (Khamis-Sabtu), kami telah dijemput untuk mengendalikan Kem Motivasi dan Pemantapan Solat untuk pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan. Saya mendapat panggilan telefon dari Cikgu Noraini, warden asrama sekolah ini kira-kira sebulan lalu untuk tujuan ini.

Para pelajar terdiri dari pelajar asrama tingkatan 1-5 berjumlah 86 orang, lelaki dan perempuan. Sebenarnya inilah kali pertama pihak kami mengendalikan kem motivasi di Kelantan. Menurut cikgu Noraini, beliau mendapat tahu mengenai khidmat ITC dari laman ini dan tertarik dengan modul yang disediakan.

Pihak kami mendapat khidmat istimewa daripada Cikgu Mohd Najib Badruddin, orang lama di bidang pendidikan dan pembinaan insan. Beliau sering bersiaran di radio Kelantan, RTM dan beberapa media lain. Dan sekarang beliau dipinjamkan oleh JPNK sebagai Ketua Unit Media di Pejabat Sultan Kelantan, Kota Bharu.

Beliau telah mengisi slot ‘ice-breaking’ melalui penyampaian yang amat bertenaga dan menarik perhatian pelajar. Beliau bicarakan tentang rahsia kaedah belajar secara Islam hasil pengkajian dan pengalaman beliau selama lebih 30 tahun. Yang menariknya, antara sumber rujukan beliau ialah kitab-kitab dan amalan para ulama termasuk ulama silam di nusantara. Diakhir slot tersebut, beliau telah buat suatu ‘magic’ yang amat mengujakan… kain bertukar jadi tongkat! Hebat…

Pada kem kali ini, pihak kami membuat beberapa pembaharuan dalam pendekatan dan pengisiannya. Antaranya ialah menghidupkan amalan qasidah dan selawat serta zikir munajat yang dilihat memberi kesan yang besar kepada para peserta. Dalam bab ini, ustaz Khairol (team baru ITC) banyak memberi tunjuk ajar dan memimpin para peserta yang terlibat. Yang menariknya, mereka begitu cepat menguasai setiap alunan zikir dan qasidah yang diajarkan.

Sepanjang program ini, selain slot-slot motivasi, permainan bermesej, solat berjemaah, bengkel pemantapan solat dan sebagainya, para peserta juga diajarkan teknik senaman pernafasan khazanah ulama. Kaedah ini secara saintifiknya terbukti berkesan untuk meningkatkan ketenangan jiwa, kestabilan emosi, kesihatan mental dan fizikal serta melembutkan hati.

Program yang bermula 3 ptg Khamis, 13 Ogos berakhir pada 1 tengahari Sabtu, 15 Ogos. Berdasarkan testimoni peserta, mereka mendapat banyak manfaat dari kem ini dan berharap pihak kami dapat berkunjung lagi ke SMK Getting Tumpat pada masa akan datang… insya Allah.


Cikgu Mohd Najib Badruddin... terima kasih tiada terhingga kerana sudi meluangkan masa berharga bersama kami

Cikgu Mohd Najib sedang menyampaikan ceramah yang sangat bertenaga dan menarik

Sedang memberi taklimat dan peraturan kem... setiap kesalahan ada hukuman!

Ketua kumpulan berjaya menjalankan misi khas...

Ada krisis... ketua (abang Long) dan penolong (Eniey) sedang berbincang dengan anakbuah

Salah satu modul yang dijalankan di surau

ustaz Khairol sedang memimpin bacaan qasidah dan selawat

Salah satu modul yang memberi kenangan 'indah' buat peserta