Kem Motivasi Form 3 SMK Mak Lagam 2008
[Gambar-gambar di bahagian bawah artikel...]
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak SMK (Elit) Mak Lagam Kemaman, khususnya Tuan Pengetua yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mengendalikan Kem Motivasi PMR 2008.
Kem tersebut telah diadakan pada 24-26 Julai baru-baru ini di Bilik Seminar sekolah dan disertai semua pelajar form 3 seramai 114 orang. Sebahagian mereka telah mengikuti kem yang kami kendalikan pada tahun lepas iaitu Kem Motivasi Pengawas dan Program Kesejahteraan Diri. Oleh yang demikian, kem kali ini agak mencabar kerana sebahagiannya mungkin sudah dapat mengagak modul-modul yang bakal dijalankan. Di pihak kami pula, kami memberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk ‘berdepan’ dengan cabaran dan modul yang kami jalankan. Dari situ dapatlah nanti kami lihat jika ada perubahan sikap dan kebijaksanaan yang mereka boleh tunjukkan.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun agak memenatkan… berdasarkan pengalaman berhadapan dengan pelajar-pelajar yang cerdik akademiknya (pelajar-pelajar di sini adalah pelajar terpilih yang cemerlang akademik dalam UPSR dan PMR), biasanya akan ada sedikit kekurangan dalam hal sikap dan sudut pandang dalam menghadapi masalah yang memerlukan kebijaksanaan emosi (EQ) dan jiwa (SQ). Mereka kadang-kadang sentiasa ingin berada di ‘zon selesa’ dan kurang keprihatinan, takut dengan kegagalan, sukar mengaku kesalahan, ‘over-confident’, juga (maaf sebut) kadang-kadang ego dan kurang adab dengan orang lain terutamanya Guru.
Maka salah satu bentuk cabaran yang dihadapi ialah bagaimana untuk membentuk semula sikap mereka dan membina keseimbangan dalam IQ, EQ dan SQ. Ini penting agar mereka berada di atas landasan yang benar, mengejar kejayaan akademik dengan tidak mengabaikan kecemerlangan sahsiah diri. Agar suatu masa nanti mereka menjadi pemimpin masyarakat yang bijaksana dan mempunyai akhlak dan jatidiri Muslim sejati.
Saya juga diamanahkan pihak sekolah untuk memimpin solat hajat dan menyampaikan kuliah magrib dua malam berturut-turut di surau sekolah. Penekanan dalam kuliah tersebut ialah keteguhan tauhid, pembinaan sahsiah diri, konsep kejayaan hidup sebenar dan lain-lain.
Insya Allah, pihak kami akan mengadakan program susulan percuma pada setiap bulan sebagai tanda keikhlasan kami dalam membimbing adik-adik dan tanda terima kasih kepada pihak sekolah di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami.
Pada 7-9 Ogos nanti kami diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjayakan Kem Motivasi untuk Ting. 5 pula, insya Allah.
sedang mendengar taklimat dan peraturan program
|
![]() peserta khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan
|
![]() salah satu modul yang menekankan 'teamwork', strategi dan kreativiti
|
![]() kenapa jadi macam ni?
|
![]() praktik senaman pernafasan yang mampu meningkatkan ketenangan jiwa dan kestabilan emosi
|
sedang mendengar taklimat dan peraturan program


