Apa Kata Peserta?
,
Kursus ini sangat berbeza dengan pelbagai kursus yang saya pernah ikuti. Ia menjawab banyak persoalan dalam diri saya; mengenal diri, jalan makrifat ahli tasawuf, kaedah khusyuk, rahsia ibadah, ketenangan dll... Hj. Abdullah Zawawi, Kemaman (Jurutera)
Dapat input yang berharga dan kaedah psikologi dalam pembinaan diri insan, dan kaedah penyelesaian masalah pegawai dan kakitangan... Tg. Noraziah, Dungun (Pegawai Kerajaan)
Dah ikut banyak kursus tenaga dalam, kebatinan, mind power dsb, tapi kursus seperti inilah yang saya cari-cari... Abd-Qahhar, Johor (Usahawan)
Banyak kebaikan apabila praktikkan teknik pernafasan dan tafakur, dapat memahami rahsia ilmu dan amalan ulama sufi silam, dan kaitannya dengan sains dan fizik... Sri Norazilina, Selangor (Mahasisiwi IPTA)
Saya memahami rahsia-rahsia ibadat dan kehebatan tenaga kerohanian untuk kehidupan dunia akhirat. Amalan yang diberi sangat berkesan dan merubah hidup saya... En. Jafni, Kuantan (Pensyarah IPTA)
Amalan pernafasan yang saya amalkan ternyata dapat menenangkan jiwa, mengurangkan beberapa penyakit saya seperti sakit kepala dan perut. Penyakit was-was yang saya hadapi sejak lama dulu telah berjaya diatas. – Anizan Dato’ Mahruf, Managing Director, Radius International Hotel, K.K Sabah.
Saya benar-benar bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan ilmu yang tak pernah saya fikirkan/mimpikan selama ini... Aini Ma'arof, S'pore, (ICT Exec.)
Alhamdulillah, sangat bersyukur dan tidak sia-sia saya mengikuti kursus ini. Banyak persoalan dalam diri saya yang bertahun-tahun saya cari jawapannya, saya temui dalam kursus ini. Kini, jiwa saya tenang dengan amalan yang dilakukan, malah makin yakin dengan hala tuju dan keputusan yang saya buat dalam kehidupan ini - Pengiran Anuar, Doktor Perawatan Alternatif Hospital Besar, Brunei Darussalam
Alhamdulillah, terasa ujian suatu hikmah dari Allah, tujuan sebenar hidup lebih jelas dan seronok dalam mengabdikan diri pada Allah serta menjalankan kerja kerja kebajikan… Hj Razali Daud, Pembimbing Haji & Umrah
Dalam menguruskan perniagaan, telah saya alami untung dan keperitan kerugian. Kini, setelah saya mengamalkan zikir yang diberikan, saya tidak lagi risau dan tidak mudah melenting dengan staf-staf saya. - Hj Zulkifli, Pengurus Syarikat IT, KL
'Unnecessary stress' dengan kehidupan seharian, 'inferiority complex (perasaan rendah diri yang melampau)', migraine, 'sleepless night' menjadi kebiasaan dalam hidup saya sebelum ini. Setelah saya cuba latih diri dengan zikruLlah, ketegangan yang saya alami berkurangan dan saya mula melihat ‘potensi’ yang Allah kurniakan pada diri saya. - Mohd Fakhrurozi, Fraud Analyst with a Foreign Bank, Kuala Lumpur.
Rasa tenang dan selamat bila berhadapan dengan masalah dan cabaran juga dalam perjalanan. Saya juga rasa gelisah dan tidak tenang berada dalam suasana maksiat. Amat yakin dengan pertolongan Allah. Saya juga merasa rezeki telah dilapangkan Allah. - Puan Nida', Fasilitator Program Motivasi, Wangsa Maju.
Hati saya rasa tenang dan lebih dekat dengan Allah. Sebelum ini amalan zikir dan ibadah yang lain hanya berjalan di bibir sahaja. Saya dapat merasai saya redha dan syukur kepada takdir Allah. - Che Rasmizan, Pegawai Urusan Haji & Umrah, PJ.
Terdorong & mudah melaksanakan solat berjamaah di masjid. Mudah bangun malam dan berdakwah. Mendapat ilham dalam kerja seharian. - Khalid Yahya, Pengurus, KL.
Daripada seorang yang pentingkan diri sendiri, saya berubah menjadi seorang yang bertimbang rasa. Perasaan redha dan sabar juga semakin menebal. - Pn. Zulaikha, Guru, Klang.

"Sucikan dirimu dari segala 'aib... nescaya akan terbuka bagimu pintu ghaib!" - Kalam Hikmah Syeikh Abd. Malik Abdullah (Tok Pulau Manis)